12.24.2007

Apakah 8 Senarai Semak Bagi Menentukan Kedudukan Teratas Google Ranking?

1.Pastikan kita mempunyai kata kunci yang baik bagi laman web kita.
Kita boleh gunakan Word Tracker.Dapatkan 2 hingga 5 frasa perkataan.Buat permulaan cari 50-100 kata kunci.

2.Hasilkan lebih banyak muka surat pada laman web kita.

Adalah lebih baik kita mempunyai 30 muka surat yang pendek daripada 6 atau 7 muka surat yang panjang. Tiap muka surat mesti mempunyai 150-200 perkataan paling minima dan hanya menggunakan satu topik sahaja.

3.Optimisasi tiap muka surat dengan frasa kata kunci.

Masukkan kata kunci pada TITLE tiap muka surat.
Masukkan kata kunci pada H1 dan H2 pada kepala setiap muka surat.
Masukkan kata kunci pada perenggan pertama tiap muka surat.
Masukkan juga pautan pada teks tetapi jangan menggunakan secara berlebihan.Jangan guna perkataan “Klki Di sini”

4.Paut (link) tiap muka surat daripada muka surat sitemap dan kembali semula ke laman web kita.Kita boleh juga membuat pautan sesama muka surat kita.

5.Submit laman web kita pada OPD(Open Directory Project).Ini sangat penting dan sepatutnya kita lakukan dari awal lagi.

6.Submit laman web kita pada Yahoo.

7.Buat pertukaran link:
Hasilkan “Related Links” pada laman web kita untuk bertukar link.
Kita juga boleh buat “Link to Us” Jadi kod boleh disalin oleh rakan kita.
Tentukan laman web yang baik untuk pertukaran link.(Saya link dengan sesiapa saja..maaf tak ikut formula)
Aktif membuat pertukaran pautan.

8.Selalulah melihat perkembangan trafik kita:
Selalu lihat trafik kita
Semak untuk melihat sama ada semua muka surat baru diindeks oleh Google
Lihat rank semua laman web kita berdasarkan kata kunci yang kita pilih sebulan sekali
Selalulah lihat incoming link kita

Related Post