12.24.2007

9 Tips Mendapat Tempat Terbaik Di Ijin Pencarian?

Dalam kita membincangkan cara buat duit di internet atau mendapatkan duit melalui adsense,mendapat tempat di injin pencarian adalah perkara yang sangat utama.Ini kerana terdapat berjuta—juta laman web mempunyai matlamat yang sama iaitu cuba mendapat 20 tempat teratas pada injin pencarian.

Bagaimana kita akan melakukannya? Tidak lain adalah mengikut jejak langkah orang yang sudah berjaya.Kita boleh lihat kata kunci dan frasa yang biasa digunakan oleh pelawat yang datang ke web.mereka. Menariknya jika kita mempunyai pautan dengan web mereka. Cara termahal adalah membeli ruang ads pada laman web mereka. Jika kita tidak mahu membazirkan wang, di sini ada beberapa strategi:

1.Ambil bahagian dalam mana-mana forum.Kita boleh pos soalan,menjawab soalan orang lain dan menyertai perbincangan tersebut.Masukkan tandatangan dan pautan (link) pada hujung mesej anda. Ini adalah cara terbaik membina link populariti pada web kita.

2.Tanya pada pemilik web jika mereka ingin memberi ebook percuma kepada pelawat mereka.Kita boleh membuat pautan kepada laman web tersebut atau paparkan ebook percuma tersebut pada web kita.

3.Pos komen pada laman web mereka.Kita juga boleh menulis artikel pada laman web mereka.Masukkan pautan web kita pada akhir artikel.Jika mereka paparkan petikan kita secara tidak langsung kita akan berada disenarai atas injin pencarian.Populariti laman web kita juga akan meningkat.

4.Tuliskan artikel yang menarik tentang produk atau perkhidmatan mereka. Buatkan sedikit catatan tentang web kita dan alamat emel kita. Jadi mereka mungkin membuat pautan pada web kita.

5.Tanya pada pemilik laman web tersebut jika mereka ingin mengiklankan perniagaan.Jika pun kita tidak mendapat sebanyak trafik yang mereka dapat ,kita boleh utarakan beberapa insentif lain.

6.Cadangkan pertukaran pautan (link) dengan laman web anda.Masing-masing boleh mempromosikan produk yang lain pula.. Ini menambah linkback pada web kita.

7.Paparkan testimonial produk dan perkhidmatan mereka dan masukkan pautan teks laman web kita pada testimonial itu.

8.Jika mereka mempunyai bahagian “free classified ads” masukkan iklan kita. Pastikan tajuk yang kita tulis menarik.

9. Isikan guestbook mereka.Kita boleh masukkan catatan ringkas di situ. Boleh masukkan tandatangan dan pautan kita

Related Post