12.24.2007

Apakah 10 Cara Mencari Idea –Idea Bisnes?

1.Jangkaan sesuatu idea

Jika kita rasa kita tidak berupaya mendapat sebarang idea .Perkara utama ialah mengenepikan sebarang perkara negatif tentang diri kita atau kreativiti kita dan cuba menggambarkan sesuatu idea.

2.Minda Terbuka

Idea boleh datang dari mana sahaja dan setengah idea mungkin cuma suatu rangka atau draf.Ia juga mungkin berasal daripada pengetahuan dan andaian. Cuba bersedia untuk menerokai idea baru dan menukar pandangan kita tentang dunia.

3.Rekodkan Idea Kita

Idea yang muncul atau idea yang baru bagi kita perlu kita catat.Jika kita menulis bermakna kita akan mengingat idea tersebut. Jika tiada kita sukar untuk merujuk kembali.Kita kena rekodkan semua idea-idea itu.sama ada melalui pembacaan,apa yang kita dengar dan apa yang kita ada dan lihatlah ia selalu.

4.Cuba belajar sesuatu yang baru setiap hari.

Selalu bercakap dengan rakan-rakan bisnes kita,dengan rakan kita mahupun dengan jiran kita.atau kepada siapa saja yang berminat bercakap idea itu dengan kita.Baca majalah,laman web,buku atau apa sahaja yang boleh mengembangkan idea .Kita mesti suka bisnes,biografi usahawan dan sejarah mereka terutama tentang idea-idea bisnes.

5.Cakaplah tentang idea-idea kita.

Cakaplah idea bisnes kita kepada sesiapa yang ingin mendengarnya terutama orang yang rapat dengan kita.Jika mereka tiada di sisi kita,cakaplah dengan diri sendiri.Tulis apa yang kita rasa kita ingin cakapkan dengan orang lain.Bukan apa,dengan bercakap begitu akan menambah baik idea-idea kita itu.

6.Tanya soalan dan dengar masalah orang lain,harapan mereka dan inspirasi mereka.

Kita sebagai seorang ahli bisnes kecil,kena tahu apa masalah ,isu dan cabaran yang kita akan hadapi.Pastinya akan muncul peluang bisnes bila kita menyelesaikan sesuatu masalah. Harapan,angan-angan dan aspirasi boleh mendatangkan idea.

7.Kajian

Kita perlu lihat apa lagi yang sama dengan idea kita.Nilai potensi idea kita itu dan catat dapatan kita. Gunakan injin pencarian untuk melihat idea hampir sama dengan idea kita,sama ada bisnes atau produk yang akan kita keluarkan.

8.Buat peta minda

Peta minda adalah rajah yang kita gunakan mewakili perkataan ,kerja atau item yang berkaitan dengan idea kita tadi. Ia boleh kita gunakan untuk melihat,membuat struktur dan mengkelaskan idea. Ia juga membantu kita belajar dan membuat keputusan tentang idea kita tadi.

9.Perkembangan Idea

Kita boleh letakkan satu atau lebih idea secara bersama.Salah satu kaedah adalah secara brainstorming.Kita akan dapat keputusan jika kita mengikut idea tersebut selangkah demi selangkah.Akhirnya kita akan dapat idea yang lebih banyak.

10.Tidurlah bersama idea tersebut

Pergilah kemana-mana dan buatlah sesuatu yang lain .Ini mungkin akan memberi peluang pada minda bawah sedar memikirkan idea kita itu. Jadi sesuatu idea yang baru dan baik akan muncul.

Rakan-rakan ini adalah informasi secara am tentang idea sesuatu bisnes itu,tapi bagi kita yang berfokus pada bisnes internet mungkin ia sesuai jika kita ingin menjual produk seperti ebook,makanan tambahan atau lain-lan produk sama ada melalui internet ataupun tidak..maaf ini cuba idea berdasarkan bacaan saya…kalau rakan ada idea yang lebih baik anggap ini sebagai bacaan sahaja.

Related Post