12.24.2007

Panduan Buat Duit Dengan MyLot

Salah satu forum web social yang popular secara online ialah MyLot. Ia membayar bagi mereka yang mengambil bahagian dalam perbincangan. My lot yang bermula pada tahun 2006 telah melalui pertumbuhan yang tinggi secara mendadak. Dengan kekuatan 46 ribu pengguna ia merupakan tempat yang hebat bagi mereka yang ingin menambah pendapatan tambahan melalui internet.

Ramai orang yang bertanya bagaimana memaksimakan pendapatan melalui myLot.Ini serba sedikit panduan yang diberi oleh Dosh Dosh.

Mendapatkan Referrals

Salah satu cara membuat duit dengan myLot ialah melalui sistem referral,yang mana membayar kepada anda 25% daripada pendapat bagi setiap orang anda sediakan kepada komuniti tersebut. Jika kita berjaya mendapatkan referral yang rajin kita secara automatik mendapat pendapatan tanpa menghabiskan masa yang banyak di internet. Referral secara asasnya sama dengan Adsense ,jika banyak referral kita tidak perlu lagi bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.

Masalahnya bagaimana mendapatkan referral yang aktif untuk MyLot kita. Di antara cadangan-cadangan yang boleh kita buat ialah.

1.Buat satu blog atau laman web.

Blog adalah tempat yang sesuai untuk mengiklan faedah-faedah MyLot.Promosi blog kita dengan meletakkan pautan rakan atau famili.Cuba juga membuat pertukaran link dengan laman web atau blog yang berkaitan .

2.Ambil bahagian dalam forum-forum

Selalulah membuat carian tentang myLot dan baca peraturan yang berkaitan dengan pengiklanan dan pautan referral.Pada kebiasaannya tiada siapa yang akan sentiasa membaca tentang myLot secara berterusan.Ini bagi mengelakkan anda membuat spamming ,menghantar pos yang sama dan akhirnya kena “banned”.

3.Hantar emal.

Hantar emel kepada tiap orang dalam Inbox. Jadikan emel kita mudah dan ringkas.

4.Tinggalkan komen

Biasakan diri kita meninggalkan komen dan pautan kepada blog yang mempunyai topik atau subjek yang sama.Namun kita mesti berhati-hati agar tidak dianggap spam.Cuma pastikan blog-blog yang kita tinggalkan komen berkaitan dengan tajuk “Buat duit secara online atau melalui internet” atau blog niche yang ada hubungan dengan myLot.

Perlu diingat jangan cuma meletakkan pautan tanpa meninggalkan komen yang baik pada blog-blog berkenaan.Cara yang mudah untuk mencari blog berkenaan ialah dengan membuat carian tentang tajuk berkenaan pada Blogger,Wordpress dan juga Technorati.

5.Pengiklanan

Kita boleh gunakan cara affiliate yang lama.Seperti yang disebut terdahulu buat satu “sell page” dengan maklumat tentang myLot.Cipta banner atau butang yang menarik. Belanjakan sedikit wang dengan membeli ruang iklan pada laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.Jika kita betul-betul orang yang fanatik dengan myLot,kita boleh cuba membuat promosi melalui Google AdWord.

6.Letakkan poster pada mana-mana bulletin percuma.Kita boleh letakkan referral link atau emel kita.

7.Letakkan video tentang myLot pada Youtube atau mana mana laman web social video. Ini mungkin agak pelik tapi ia juga dapat menarik perhatian orang lain.Jangan lupa masukkan pautan referral kita bagi membuat promosi.

8.Tetapkan target atau sasaran kita dalam sehari.Contohnya kita boleh mulakan dengan 10 diskusi dan menulis sekurang-kurang 50 respon kepada soalan-soalan yang ditanya setiap hari.

9.Bahagikan kerja kita. Kita perlu menjawab soalan-soalan sebelum memulakan diskusi.Ini akan mempercepatkan kadar kejayaan kita ,jika kita terus memberi fokus.

10.Mulakan diskusi yang berbentuk “open-ended”.Jangan bertanya soalan yang membawa kepada jawapan ya atau tidak. Ini akan meningkatkan kualiti perbincangan kita.

11.Jawab semua soalan yang respon kepada topik yang dibincangkan.Ini akan memberi faedah dari segi memanjangkan perbincangan dan menambah pendapatan kita.

12.Berikan kadar kepada tiap jawapan yang dibincangkan.Gunakan simbol tambah dan tolak. Kepada setiap jawapan.

13.Gunakan lebih banyak tag untuk setiap soalan atau jawapan.Jika kita selalu bertanya soalan dalam ruang lingkup tertentu,tulis tags dalam notepad.Jadi kita boleh copy dan paste selepas setiap pos jawapan atau topik perbincangan.Tags akan menambah pendapatan anda.

14. Poskan gambar-gambar yang menarik kepada perbincangan ,begitu juga pada bahagian “interest”.Kita akan dapat bayaran untuk imej itu ,jadi kita boleh usaha kearah itu.

15.Jangan hanya membuat pos kepada satu topik sahaja.Cuba buangkan sedikit masa kepada pelbagai topik.Ramai berkata yang posting secara tetap kepada satu topik akan mengurangkan kadar pendapatan kita.

16.Pastikan membuat pos yang berkualiti. Kekuatan pos kita banyak bergantung kepada kadar tambah dan tolak.Galakkan pembaca kita meletakkan kadar atau rate yang tinggi pada perbincangan kita.

17.Bekerja dengan rakan-rakan myLot kita yang lain.Mulakan satu kumpulan dan respon kepada satu sama lain dalam perbincangan.

18.Lengkapkan bahagian “My Interest” dan mulakan perbincangan dengan klik pada salah satu kategori interest.Ini berkemungkinan menambah pendapatan kita,juga menambah pelawat yang akan melihat profil kita seterusnya berinteraksi dengan kita.

19.Buat putaran untuk posting.Dapatkan seseorang untuk membuat posting bagi pihak kita dengan menggunakkan akaun yang sama. Kita boleh menyuruh abang atau kakak kita yang boleh kita percayai. Pos dengan menggunakan waktu yang berbeza pada hari-hari tertentu dan kongsikan pendapatan dengan mereka.

20.Link off blog kita.Jika anda mempunyai blog atau laman web arahkan pelawat anda kepada perbincangan myLot.Kita boleh mulakan dengan meletakkan pautan kepada bahagian bawah setiap pos pada blog kita.Jika pelawat blog kita adalah pengguna myLot mungkin mereka akan mengambil bahagian dan melanjutkan perbincangan dengan kita.Jika mereka bukan ahli myLot mungkin kita akan mendapat referral baru.

Akhir sekali,semua ini adalah cadangan Dosh Dosh dalam laman webnya tentang myLot.

Related Post